Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

Sumber Rujukan: Kitab Mughni Al-Muhtaj, Muhazin Al-Fiqhul Islam wa Adillatuhu

Lafaz Akad Fitrah

Diri Sendiri

"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM........... wang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."

Diri dan Tanggungan

"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM........... wang wajib bagi diri dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."

Bagi Pihak

"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM........... wang wajib bagi .............. tanggunganku pada tahun ini yang diwakilan kepadaku kerana Allah Ta'ala."

Nilai Taksiran Fitrah


Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras bernilai RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ringgit Sahaja).
Kadar RM5.00
1 orang 2 orang 3 orang 4 orang 5 orang 6 orang 7 orang 8 orang 9 orang 10 orang
RM5.00 RM10.00 RM15.00 RM20.00 RM25.00 RM30.00 RM35.00 RM40.00 RM45.00 RM50.00
Kadar RM7.00
1 orang 2 orang 3 orang 4 orang 5 orang 6 orang 7 orang 8 orang 9 orang 10 orang
RM7.00 RM14.00 RM21.00 RM28.00 RM35.00 RM42.00 RM49.00 RM56.00 RM63.00 RM70.00

Doa Fitrah


آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا
Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang engkau sedekahkan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya kamu suci daripada dosa.