Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang merdeka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

Sumber Rujukan: Kitab Mughni Al-Muhtaj, Muhazin Al-Fiqhul Islam wa Adillatuhu

Lafaz Akad Fitrah

"Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RMXXXX.XX yang wajib bagi diriku/tanggunganku/bagi pihak pada tahun ini kerana Allah Ta'ala."

Nilai Taksiran Fitrah


Satu (1) Fitrah sebanyak satu (1) gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras bernilai RM7.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ringgit Sahaja).

Kadar RM7.00

Beras Super Tempatan dan senilai dengannya
1 orang 2 orang 3 orang 4 orang 5 orang 6 orang 7 orang 8 orang 9 orang 10 orang
RM7.00 RM14.00 RM21.00 RM28.00 RM35.00 RM42.00 RM49.00 RM56.00 RM63.00 RM70.00

Kadar RM15.00

Beras Super Import/Super wangi AAA dan senilai dengannya
1 orang 2 orang 3 orang 4 orang 5 orang 6 orang 7 orang 8 orang 9 orang 10 orang
RM15.00 RM30.00 RM45.00 RM60.00 RM75.00 RM90.00 RM105.00 RM120.00 RM135.00 RM150.00

Kadar RM22.00

Beras Basmathi dan senilai dengannya
1 orang 2 orang 3 orang 4 orang 5 orang 6 orang 7 orang 8 orang 9 orang 10 orang
RM22.00 RM44.00 RM66.00 RM88.00 RM110.00 RM132.00 RM154.00 RM176.00 RM198.00 RM220.00

Doa Fitrah


آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ فِيْمَا اَبْقَيْتَ وَجَعَلَهُ لَكَ طَهُوْرًا
Semoga Allah memberikan ganjaran pahala di atas apa yang engkau sedekahkan, memberkati harta yang masih ada pada kamu dan menjadikannya kamu suci daripada dosa.